CARA MEMBUAT SERVIS

cara buat servis

Berikut adalah cara penjual (seller) membuat servis di dalam servismurah.com :

1) Menu bar > Servis
Ianya akan memaparkan page seperti di atas.

2) Klik Pos Servis Baru

3) Sila isikan tajuk servis yang anda ingin jual ( tidak melebihi 100 patah perkataan ).
Tajuk akan dipaparkan di muka hadapan page servismurah.com

4) Sila pilih Kategori yang melambangkan servis yang anda jual.

5) Sila upload gambar mengenai servis yang anda jalankan. Harap gambar tersebut tidak berunsurkan lucah atau mempunyai sebarang ayat yang mencurigakan.

6) Sila isikan butiran mengenai servis yang anda jual. Butiran ini merangkumi secara terperinci mengenai perkhidmatan yang anda tawarkan secara detail yang bersamaan dengan tajuk anda.

7) Sila masukkan jangkaan masa hari untuk menyiapkan servis anda.

8) Masukkan harga servis yang anda tawarkan.

9) Arahan untuk pembeli adalah maklumat untuk dimaklumkan kepada pembeli anda. Sebagai contoh, anda membuat perkhidmatan grafik,, anda boleh maklumkan kepada mereka untuk uploadkan gambar produk untuk anda membuat grafik. Contoh lain, sekiranya anda membuat perkhidmatan menaikkan like, anda menyuruh mereka letakan url facebook page untuk memastikan sasaran yang betul.
Selain itu juga, anda (seller) harus meletakkan download link untuk memudahkan pembeli (buyer) download servis yang anda tawarkan. Ianya berkaitan dengan item no 10. Sila baca.

10) Sekiranya anda membuat servis yang download, dimana anda (seller) harus click checkbox Instant Download untuk memudahkan pembeli (buyer) memberi tindak balas selanjutnya.

11) Sekiranya anda mempunyai video di dalam youtube sebagai rujukan servis anda, sila letakkan link tersebut agar memudahkan pembeli (buyer) menonton video tersebut.

12) Setelah selesai, pihak admin servismurah.com akan membuat semakbalas terlebih dahulu agar ianya logik dan tidak melanggar peraturan di dalam servismurah.com

Terima kasih atas kerjasama anda. Semoga anda dilimpahkan rezeki.